Wednesday, December 15, 2010

SUSU KAMBING PLUS MADU




Minuman susu kambing plus madu ini telah disyifa'kan dengan 30 juz'al-Quran.

antara khasiat susu kambing ini ialah:

  • susu kambing paling berkesan dan lebih bekhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit dalaman antara lain
  • penyakit demam kuning
  • penyakit lemah jantung
  • penyakit darah tinggi
  • penyakit migrain/kerap pening kepala
  • penyakit sendi, sakit urat, buah pinggang
  • penyakit batuk kering atau TB
  • penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hepatitis
  • penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
  • cukup manfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
  • sesuai diminum di waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur

HARGA: RM 30.00

PENGEDAR NEGERI MELAKA

SEBARANG MASALAH BOLEH MENGHUBUNGI

ENCIK ASHRAF BIN MOHD SULTAN

NUSANTARA GENERAL AGENCIES & TRADING CO.

360-1, JALAN SEROJA,

TAMAN BUNGA RAYA,

75450 BUKIT BERUANG,

MELAKA.

TEL : 06-2316393/ 06-2315242/ 06- 2326651

TEL. H/P : 019-6262024

*penghantaran seluruh negeri Melaka di sediakan



Wednesday, November 24, 2010

MINYAK WANGI KASTURI SYIFA'

KANDUNGAN:

MINYAK WANGI KASTURI PUTIH DIDOAKAN DENGAN:
  • 30 JUZUK AL-QURAN
  • AYAT-AYAT SHIFA'
  • AYAT-AYAT RUQYAH
  • AL-MUAWIZAT
  • AS MAUL HUSNA
  • DOA-DOA SHIFA
  • SELAWAT SHIFA
  • SELAWAT TAFRIJIYYAH
  • ISTIGHFAR
  • SOLAT HAJAT

DENGAN KEIZINAN ALLAH IANYA MEMBANTU:

  • PERISAI DIRI
  • PERISAI TEMPAT KEDIAMAN, TEMPAT KERJA, TEMPAT PERNIAGAAN DAN SEBAGAINYA
  • MEMBERI KETENANGAN JIWA
  • MENCERDASKAN AKAL DAN MENCETUSKAN AURA POSITIF
  • MENANGANI MASALAH ANAK
  • MENGHINDAR PERASAAN GEMURUH DAN GEMENTAR
  • MENGHINDARKAN GANGGUAN MAKHLUK-MAKHLUK HALUS, JIN DAN SEBAGAINYA
  • DOA PERLINDUNGAN DARI DISIHIRKAN ORANG, HISTERIA DAN SEBAGAINYA

HARGA : RM 35.90

PENGEDAR NEGERI MELAKA

SEBARANG MASALAH BOLEH MENGHUBUNGI:

ENCIK ASHRAF BIN MOHD SULTAN
NUSANTARA GENERAL AGENCIES & TRADING CO.
360-1, JALAN SEROJA,
TAMAN BUNGA RAYA,
75450 BUKIT BERUANG,
MELAKA.
TEL : 06-2316393/ 06-2315242/ 06- 2326651
TEL. H/P : 019-6262024






Wednesday, November 3, 2010

KERATAN BERITA HARIAN

Selain itu, ratusan lagi penuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Perlis juga dilapor turut terputus bekalan selepas laluan utama sekitar kawasan terbabit mula dinaiki air sehingga paras dada.

Usaha menghantar bekalan masuk ke kawasan terbabit oleh waris juga sukar kerana paras air yang tinggi dan arus deras. Bagaimanapun, tinjauan mendapati ada di kalangan penuntut yang mengambil risiko keluar mengahrungi banjir untuk membeli bekalan makanan.

Tuesday, November 2, 2010

PERLIS BANJIR 2010





Banjir di Negeri Perlis.

Monday, November 1, 2010

.::DUGAAN::.

Alhamdulillah, hari ini aku jalani kehidupan seperti biasa. Hari ini bermulanya minggu peperiksaan. Tapi, aku x exam lagi. Minggu depan baru exam mula. Hari ni hujan x berhenti lagi dari semalam. Silap-silap hari bulan banjir. hehehe.... Suasana kat sini sejuk je. Sedap tido. hehehe..... Dua tiga hari ni, banyak sangat dugaan dan masalah yang datang. huhuhu...... Mula-mula ari Jumaat ritu. Ada lah sorang kawan ni kol. Masa 2 aku p surau. Ada Tazkirah. Jadi, aku x angkat lah. Lepas habis tazkirah 2, aku mesej lah dia. Tanya kat dia, ada apa-apa yang boleh saya bantu. Bermula dari situ aku mesej dia. Macam-macam r dia tanya. Aku jawab je r. Aku x boleh nak lupakan apa yang berlaku dan sebab apa aku senyap dengan dia selama ni. Malam 2 pulak aku bukak facebook dia. Terkejut aku tengok. Bertambah kecewa aku. Aku ingat aku dah boleh lupakan. Tapi, sebaliknya. Sampai sekarang aku x add dia. Masalah yang kedua, orang delete aku sebagai friend dalam FB. Aku rasa ada orang hasut dia. Tapi x pa r. Biar lah kat dia. Janji dia bahagia. Aku cuma nak tahu apa sebab dia delete aku sebagai kawan dia dalam FB 2. Tapi, dia x balas mesej. Dugaan ketiga berlaku semalam, aku ingat aku boleh rehat lah minggu ni. Tapi x jugak, yang berlaku adalah yang sebaliknya. Minggu lepas lagi teruk. Tapi, apa yang berlaku semalam memang geram r. Apa yang dijanjikan, tidak terjadi pun. Aku sabar je r. Dalam geram-geram, aku wat keje gak. Pelik r aku, dalam marah-marah orang, aku wat keje tu jugak. Aku fikir benda libat an orang luar, tu sebab aku wat. Kalau x, dah aku lari dan tinggal kan je. Tapi, kadang-kadang jadi macam hamba dan kuli orang je. Wat keje orang lain. ehmmm.... Hari ni pulak bergaduh ngan si dia. x pasal-pasal pulak......sabar jelah....
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN.

::.HIDUP.::

Hidup tanpa masalah x mencabar kehidupan.
Hidup tanpa cabaran, bukan kehidupan namanya.
Hidup dan cabaran tidak boleh dipisahkan.
Umpama irama dan lagu.
Cabaran dan masalah dalam kehidupan ini.
Dapat membuat an kita tabah dan kuat dalam menghadapi nya.
Allah tidak akan memberi masalah kepada seseorang hambanya.
Kecuali hambanya mampu untuk mengahadapinya.
Manusia tidak boleh lari dari masalah dalam kehidupan.
Dalam kita menyelesaikan masalah.
Seharusnya kita kembali kepada Pencipta.
Kita seharusnya memohon pertolongan dan mengadu kepada Nya.
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan aku makbulkan.

Sunday, October 31, 2010

BLOG

Tadi baca satu blog. Sedeh gak lah. Tersentuh aty di wat nya. Naseb bek x nanges. hehehe. Lelaki menangis????Salah ke untuk seorang lelaki menangis. Lelaki ada perasaan gak. Jadi, x salah untuk seorang lelaki untuk menangis. Tetapi, kadang-kadang menjadi pelik bagi manusia bila mendengar lelaki menangis. Timbul lah, lelaki x gentel r....lelaki lembik r n macam2 lagi. Penulis 2 tulis pasal ayah dia p haji. Dia rindu kat ayah dia. Aku pulak teringat kat diri sendiri. Yang dah x da ayah. Ayah ku telah pergi ke Rahmatullah pada tahun 2004 bulan 2. Masa 2 aku tingkatan 4. baru ke pinah kat SMK Tun Perak. Masa ayah meninggal tu, aku ada kat hostel. Sepupu dan mak yang mai amik aku kat hostel. Time 2 kul 2 3 pagi gak kot. Ngah mamai. Baru bangun tido. Warden kejut. Aku terkejut jugak r. Aku ngan ayah memang x rapat sangat. Ayah rapat ngan yang len-len. Aku memang x rapat sangat ngan family. Sebab aku du ostel sejak dari tingkatan satu lagi. Balik rumah pun jarang-jarang. Kalo balik pun duk 2 3 ari je pastu balik ostel balik. Itu lah kehidupan aku sampai sekarang ni. Hostel ni macam rumah pertama je. Rumah family 2 macam rumah persinggahan je. balik kepada cerita blog tadi. Sedeh jugak aku baca cerita dia. Aku pun rasa menyesal gak, dulu x rapat ngan ayah. Tapi, ayah sayang kat aku. Dia selalu tengok aku kat ostel. Bagi duit belanja. Tapi, umur ayah x panjang. Allah lagi sayang ayah dari aku. Semoga roh ayah di tempat kan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman serta dicucuri rahmat. Amin...

HARI YANG MENGUJI KESABARAN KU

Hari ni seperti biasa aku bangun n solat subuh. Aku ingat boleh rehat sikit ari nie. x macam minggu lepas. Terkejar-kejar di watnya. P kelas KASA n Hari KO. Tapi apa yang aku sangka kan berlaku. sebaliknya yang berlaku. Pagi-pagi lagi aku dah p anta fail kat surau. Tapi pukul 9 aku dapat mesej kata x da pemantau. Ari kata dah cari. Ni apa dah jadi???? Aku pun p lah surau. Tengok apa yang berlaku. Dengan pemantau x da. Cikgu x da. Ehmmmm.....sabaq je lah. Dugaan semua ni. Kelam kabut juga di watnya ari ni. ehmmmmm. Aku tulis ni bukan nak salah kan or cari salah sape-sape. Aku cuma nak korang semua berfikir. Jangan fikir komitmen sendiri je. Orang laen pun ada komitmen laen untuk di wat. Kalu x leh datang bagi tau. Mungkin boleh di cari pengganti. Tak lah orang kata belakang..

Saturday, October 30, 2010

..:::KENAPA SEMUA NI TERJADI PADA AKU:::..

Lepas satu-satu yang terjadi. Sedeh di wat nya. Campur dengan kecewa. Apa salah aku sampai manusia sanggup wat aku macam ni sekali. Besaq sangat ke salah aku sampai dia orang wat aku gini. Kalau ada salah, mai r jumpa. CAKAP!!!! X payah wat macam ni. Diam-diam pas tu main tikam belakang. Aku redha dan terima apa yang berlaku ni. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Semua nya telah ditetapkan oleh Allah.

MOOD : Kecewa + sedih

Friday, October 29, 2010

TERIMA KASIH SEMUA.....

Terima kasih kepada kepimpinan Ikatan Mahasisa Pendidikan Islam sesi 09/10 atas pengorbanan dan kerja yang telah dilakukan. Harap salah dan silap kami selama mentadbir IMPI dapat dimaafi. Segala kekurangan dan kesalahan yang dilakukan harap diampunkan. Kerana kita semua adalah insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Semoga kepimpinan yang baru ini dapat memikul amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Kami sedia membantu kepimpinan baru dalam sebarang masalah berkaitan dengan pengurusan.

SAHABAT-SAHABAT PA(B) TAHUN 2009

BAKAL-BAKAL USTAZ DAN USTAZAH...SEMUA COVER JEEE....

SAHABAT-SAHABAT PA(B) MASA PERSEDIAN TAHUN 2006



SEMUA MUKA BUDAK-BUDAK LAGI....HEHEHE
::.PUAN PUTEH DALAM KENANGAN.::

DALIL-DALIL DIPERINTAHKAN MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTARANNUM.

Terdapat banyak dalil yang memerintahkan supaya kita bertarannum semasa membaca Al-Quran. Oleh itu, tidak dapat tidak bagi kita untuk membacanya dengan bertarannum supaya mendapat ganjaran daripada Allah swt. Antara dalil-dalilnya ialah :-

1. Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara kamu. Sesungguhnya suara yang elok iti akan menambahkan keelokan bacaan al-Quran itu”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ad-Darami, An-Nasa-ie dan Al-Hakim)


2. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Dipersilakan ahli al-Quran ke syurga: “ Bacalah, naiklah ke tingkat dan perelokkanlah bacaan kamu sebagaimana kamu mengelokkan bacaannya ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya tempat tinggal kamu di syurga ini adalah berdasarkan akhir ayat yang kamu bacakan”. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibbah dan Tirmizi)


3. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu ialah apa yang diizinkan kepada nabi yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran dalam bentuk nyaring” ( Riwayat Bukhari)

4. Sabda Rasulullah S.A.W


Maksudnya: “ Hendaklh kamu menghiasi bacaan al-Quran itu dengan mempelbagaikan bunyi suara kamu” (Riwayat Abu Daud dan An-Nasa-ie)


5. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan al-Quran” (Riwayat Bukhari)


6. Sabda Rasulullah S.A.W


Maksudnya: “ Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran itu kerana bukan dari kalangan kami merekan yang tidak melagukan dengan bacaan al-Quran dan menangislah. Jika tidak mampu menangis mak buat-buatlah menangis ”
(Riwayat An-Nasa-ie)


7. Sabda Rasulullah S.A.W


Maksudnya: “ Hendaklah kamu mempelajari Kitab Allah S.W.T (Al-Quran) dan ceriakanlah serta perelokkanlah lagu bacaannya “ (Riwayat Muslam)

NAMA-NAMA LAIN BAGI AL- QUR’AN.

Selain Al Qur’an, Allah swt juga memberi beberapa nama lain bagi kitab-Nya seperti:-

1. Al Kitab atau Kitabullah:
Merupakan sinonim dari kalimah Al Qur’an, sebagaimana tersebut dalam surah (2) Al Baqarah ayat ke-2, ertinya:
“ Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya……….” Lihat pula surah (6) Al An’aam ayat 114.

2. Al Furqaan:
“ Al Furqaan” ertinya: “pembeda”, ialah “yang membedakan yang benar dan yang batil”, seperti tersebut dalam surah (25) Al Furqaan ayat 1 yang ertinya:
“ Maha Agung (Allah swt) yang menurunkan Al Furqaan kepada hamba-Nya agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam”.

3. Adz-Dzikir:
Ertinya “Peringatan”, sebagaimana yang tersebut dalam surah (15) Al Hijr ayat 9 yang ertinya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan “Adz-Dzkir” dan sesungguhnya Kamilah penjaganya”. (Lihat pula surah(16) An Nahl ayat 44.

Di antara tiga nama di atas, yang paling masyhur dan merupakan nama khas ialah
“Al Qur’an”. Selain dari nama-nama yang tiga itu ada lagi beberapa nama bagi Al Qur’an. Imam As Suyuthy dalam kitabnya Al Irqam, menyebutkan nama-nama Al Qur’an. Antaranya : Al Mubiin, Al Kariim, Al Kalam, An Nuur.

KATA-KATA HIKMAH YANG BOLEH DIKONGSI.....

::.PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DARIPADA SATU LANGKAH.::

::.JADIKAN DIRIMU BAGAI POHON YANG RENDANG DI MANA INSAN DAPAT BERTEDUH. JANGAN SEPERTI POHON KERING TEMPAT SANG PUNGGUK MELEPAS RINDU DAN HANYA LAYAK DIBUAT KAYU API.::

::.HATI YANG TERLUKA UMPAMA BESI BENGKOK WALAU DIKETUK SUKAR KEMBALI KEPADA BENTUK ASALNYA.::

::.SETITIK DAKWAT MAMPU MEMBUAT SEJUTA MANUSIA BERFIKRI.::

::.HIDUPLAH SEPERTI LILIN MENERANGI ORANG LAIN, JANGANLAH HIDUP SEPERTI DURI MENCUCUK DIRI DAN MENYAKITI ORANG LAIN.::

::.MAHKOTA KEMANUSIA IALAH RENDAH DIRI.::

::.HIDUP BIARLAH BERBAKTI, WALAUPUN TIDAK DIPUJI.::

::.KEIKHLASAN ITU UMPAMA SEEKOR SEMUT HITAM DI ATAS BATU YANG HITAM DI MALAM YANG AMAT KELAM. IANYA WUJUD TETAPI AMAT SUKAR DILIHAT.::