Monday, November 7, 2011

CONTOH PENULISAN JURNAL REFLEKSI PRAKTIKUM

JURNAL REFLEKSI

Minggu 2 (07 Februari 2011 – 11 Februari 2011)

Masalah:

Setelah mendaftar dan melapor diri di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Beseri, Perlis. Saya telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Sharifah Naziran binti Syed Taha dan guru pembimbing iaitu Puan Normah binti Yusoff untuk mengajar Pendidikan Agama Islam Tahun 3 dan Tahun 4. Hasil perbincangan dengan mereka, maka saya menerimanya dan bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Setelah dua minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya mendapati masalah utama yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran.

Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Analisis:

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

  • Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat rendah.
  • Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap murid.
  • Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
  • Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
  • Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

Cadangan:

  • Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di sekeliling mereka selepas bacaan doa.
  • Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.
  • Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.
  • Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya boleh dan bersesuaian.

Tempoh Masa:

14 Februari 2011 – 25 Februari 2011 (2 Minggu)

Tindakan Susulan:

Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan datang.

Penilaian Kejayaan:

Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas setiap seminggu projek ini bermula. Iaitu pada 18 Februari 2011 dan 25 Februari 2011.


Oleh:

Mohd Fikri bin Marzuki

Guru Pelatih IPG Kampus Perlis

No comments:

Post a Comment