Thursday, July 4, 2013

JURNAL REFLEKSI MINGGU TIGA

JURNAL REFLEKSI
MINGGU 3 (14 FEBRUARI 2011 - 18 FEBRUARI 2011)

Masalah :
            Pada minggu ini, telah masuk minggu yang ketiga saya berada dan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Beseri, Perlis. Saya menghadapi sedikit masalah semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selepas berada tiga minggu di sini. Masalah yang saya hadapi ialah kesukaran bagi diri saya untuk mengingat nama-nama murid. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri saya  dan menyebabkan saya sukar untuk menyebarkan soalan kepada murid-murid dalam usaha untuk melibatkan penglibatan secara aktif murid-murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Analisis :
            Saya berpandangan dan merasakan bahawa masalah ini timbul disebabkan oleh :
1)    Saya tidak mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam masa yang singkat.
2)    Saya masih belum dapat membiasakan diri saya dengan keadaan dan suasan kelas dan juga murid-murid di dalam kelas yang saya ajar.
3)    Saya juga hanya mampu mengingati nama beberapa nama orang murid sahaja berdasarkan tempat duduk mereka seperti nama ketua kelas.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, besar kemungkinan saya sukar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan yang lebih teratur dan sistematik dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

Cadangan :
1)    Saya akan berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid dengan cara kaedah penulisan. Saya akan menyalin nama murid-murid di dalam buku Rekod Persediaan Mengajar pada bahagian belakang dalam usaha untuk mengingati nama-nama murid.
2)    Saya akan cuba membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta sikap murid-murid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid.
3)    Saya akan merangka pelan kedudukan murid di dalam kelas dengan dilabelkan nama murid-murid beradasarkan kedudukan mereka.
4)    Saya akan menampal pelan kedudukan murid di dalam buku Rekod Persediaan Mengajar pada bahagian belakang.

Tempoh Masa :
21 Februari 2011 – 25 Februari 2011 (1 Minggu).

Tindakan Susulan :
Sekiranya tempoh masa selama seminggu yang telah diambil masih tidak mampu untuk saya mengatasi masalah mengingati nama murid-murid, maka saya akan berusaha dan mencuba untuk mencari suatu masa yang berkualiti untuk menghafal nam murid-murid berserta gambaran kedudukan dan wajah mereka.
Saya berharap, saya mampu untuk melakukan yang terbaik bagi menjalankan porses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dalam keadaan yang menarik iaitu pihak guru (saya sendiri) dan juga pihak pelajar (murid-murid tahun 3 Kamil dan 4 Kamil).

Cemerlang praktikum IPG Perlis 2011
Pengajian Agama


No comments:

Post a Comment