Sunday, October 31, 2010

BLOG

Tadi baca satu blog. Sedeh gak lah. Tersentuh aty di wat nya. Naseb bek x nanges. hehehe. Lelaki menangis????Salah ke untuk seorang lelaki menangis. Lelaki ada perasaan gak. Jadi, x salah untuk seorang lelaki untuk menangis. Tetapi, kadang-kadang menjadi pelik bagi manusia bila mendengar lelaki menangis. Timbul lah, lelaki x gentel r....lelaki lembik r n macam2 lagi. Penulis 2 tulis pasal ayah dia p haji. Dia rindu kat ayah dia. Aku pulak teringat kat diri sendiri. Yang dah x da ayah. Ayah ku telah pergi ke Rahmatullah pada tahun 2004 bulan 2. Masa 2 aku tingkatan 4. baru ke pinah kat SMK Tun Perak. Masa ayah meninggal tu, aku ada kat hostel. Sepupu dan mak yang mai amik aku kat hostel. Time 2 kul 2 3 pagi gak kot. Ngah mamai. Baru bangun tido. Warden kejut. Aku terkejut jugak r. Aku ngan ayah memang x rapat sangat. Ayah rapat ngan yang len-len. Aku memang x rapat sangat ngan family. Sebab aku du ostel sejak dari tingkatan satu lagi. Balik rumah pun jarang-jarang. Kalo balik pun duk 2 3 ari je pastu balik ostel balik. Itu lah kehidupan aku sampai sekarang ni. Hostel ni macam rumah pertama je. Rumah family 2 macam rumah persinggahan je. balik kepada cerita blog tadi. Sedeh jugak aku baca cerita dia. Aku pun rasa menyesal gak, dulu x rapat ngan ayah. Tapi, ayah sayang kat aku. Dia selalu tengok aku kat ostel. Bagi duit belanja. Tapi, umur ayah x panjang. Allah lagi sayang ayah dari aku. Semoga roh ayah di tempat kan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman serta dicucuri rahmat. Amin...

HARI YANG MENGUJI KESABARAN KU

Hari ni seperti biasa aku bangun n solat subuh. Aku ingat boleh rehat sikit ari nie. x macam minggu lepas. Terkejar-kejar di watnya. P kelas KASA n Hari KO. Tapi apa yang aku sangka kan berlaku. sebaliknya yang berlaku. Pagi-pagi lagi aku dah p anta fail kat surau. Tapi pukul 9 aku dapat mesej kata x da pemantau. Ari kata dah cari. Ni apa dah jadi???? Aku pun p lah surau. Tengok apa yang berlaku. Dengan pemantau x da. Cikgu x da. Ehmmmm.....sabaq je lah. Dugaan semua ni. Kelam kabut juga di watnya ari ni. ehmmmmm. Aku tulis ni bukan nak salah kan or cari salah sape-sape. Aku cuma nak korang semua berfikir. Jangan fikir komitmen sendiri je. Orang laen pun ada komitmen laen untuk di wat. Kalu x leh datang bagi tau. Mungkin boleh di cari pengganti. Tak lah orang kata belakang..

Saturday, October 30, 2010

..:::KENAPA SEMUA NI TERJADI PADA AKU:::..

Lepas satu-satu yang terjadi. Sedeh di wat nya. Campur dengan kecewa. Apa salah aku sampai manusia sanggup wat aku macam ni sekali. Besaq sangat ke salah aku sampai dia orang wat aku gini. Kalau ada salah, mai r jumpa. CAKAP!!!! X payah wat macam ni. Diam-diam pas tu main tikam belakang. Aku redha dan terima apa yang berlaku ni. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Semua nya telah ditetapkan oleh Allah.

MOOD : Kecewa + sedih

Friday, October 29, 2010

TERIMA KASIH SEMUA.....

Terima kasih kepada kepimpinan Ikatan Mahasisa Pendidikan Islam sesi 09/10 atas pengorbanan dan kerja yang telah dilakukan. Harap salah dan silap kami selama mentadbir IMPI dapat dimaafi. Segala kekurangan dan kesalahan yang dilakukan harap diampunkan. Kerana kita semua adalah insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Semoga kepimpinan yang baru ini dapat memikul amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Kami sedia membantu kepimpinan baru dalam sebarang masalah berkaitan dengan pengurusan.

SAHABAT-SAHABAT PA(B) TAHUN 2009

BAKAL-BAKAL USTAZ DAN USTAZAH...SEMUA COVER JEEE....

SAHABAT-SAHABAT PA(B) MASA PERSEDIAN TAHUN 2006



SEMUA MUKA BUDAK-BUDAK LAGI....HEHEHE
::.PUAN PUTEH DALAM KENANGAN.::

DALIL-DALIL DIPERINTAHKAN MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTARANNUM.

Terdapat banyak dalil yang memerintahkan supaya kita bertarannum semasa membaca Al-Quran. Oleh itu, tidak dapat tidak bagi kita untuk membacanya dengan bertarannum supaya mendapat ganjaran daripada Allah swt. Antara dalil-dalilnya ialah :-

1. Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara kamu. Sesungguhnya suara yang elok iti akan menambahkan keelokan bacaan al-Quran itu”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ad-Darami, An-Nasa-ie dan Al-Hakim)


2. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Dipersilakan ahli al-Quran ke syurga: “ Bacalah, naiklah ke tingkat dan perelokkanlah bacaan kamu sebagaimana kamu mengelokkan bacaannya ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya tempat tinggal kamu di syurga ini adalah berdasarkan akhir ayat yang kamu bacakan”. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibbah dan Tirmizi)


3. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu ialah apa yang diizinkan kepada nabi yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran dalam bentuk nyaring” ( Riwayat Bukhari)

4. Sabda Rasulullah S.A.W


Maksudnya: “ Hendaklh kamu menghiasi bacaan al-Quran itu dengan mempelbagaikan bunyi suara kamu” (Riwayat Abu Daud dan An-Nasa-ie)


5. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan al-Quran” (Riwayat Bukhari)


6. Sabda Rasulullah S.A.W


Maksudnya: “ Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran itu kerana bukan dari kalangan kami merekan yang tidak melagukan dengan bacaan al-Quran dan menangislah. Jika tidak mampu menangis mak buat-buatlah menangis ”
(Riwayat An-Nasa-ie)


7. Sabda Rasulullah S.A.W


Maksudnya: “ Hendaklah kamu mempelajari Kitab Allah S.W.T (Al-Quran) dan ceriakanlah serta perelokkanlah lagu bacaannya “ (Riwayat Muslam)

NAMA-NAMA LAIN BAGI AL- QUR’AN.

Selain Al Qur’an, Allah swt juga memberi beberapa nama lain bagi kitab-Nya seperti:-

1. Al Kitab atau Kitabullah:
Merupakan sinonim dari kalimah Al Qur’an, sebagaimana tersebut dalam surah (2) Al Baqarah ayat ke-2, ertinya:
“ Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya……….” Lihat pula surah (6) Al An’aam ayat 114.

2. Al Furqaan:
“ Al Furqaan” ertinya: “pembeda”, ialah “yang membedakan yang benar dan yang batil”, seperti tersebut dalam surah (25) Al Furqaan ayat 1 yang ertinya:
“ Maha Agung (Allah swt) yang menurunkan Al Furqaan kepada hamba-Nya agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam”.

3. Adz-Dzikir:
Ertinya “Peringatan”, sebagaimana yang tersebut dalam surah (15) Al Hijr ayat 9 yang ertinya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan “Adz-Dzkir” dan sesungguhnya Kamilah penjaganya”. (Lihat pula surah(16) An Nahl ayat 44.

Di antara tiga nama di atas, yang paling masyhur dan merupakan nama khas ialah
“Al Qur’an”. Selain dari nama-nama yang tiga itu ada lagi beberapa nama bagi Al Qur’an. Imam As Suyuthy dalam kitabnya Al Irqam, menyebutkan nama-nama Al Qur’an. Antaranya : Al Mubiin, Al Kariim, Al Kalam, An Nuur.

KATA-KATA HIKMAH YANG BOLEH DIKONGSI.....

::.PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DARIPADA SATU LANGKAH.::

::.JADIKAN DIRIMU BAGAI POHON YANG RENDANG DI MANA INSAN DAPAT BERTEDUH. JANGAN SEPERTI POHON KERING TEMPAT SANG PUNGGUK MELEPAS RINDU DAN HANYA LAYAK DIBUAT KAYU API.::

::.HATI YANG TERLUKA UMPAMA BESI BENGKOK WALAU DIKETUK SUKAR KEMBALI KEPADA BENTUK ASALNYA.::

::.SETITIK DAKWAT MAMPU MEMBUAT SEJUTA MANUSIA BERFIKRI.::

::.HIDUPLAH SEPERTI LILIN MENERANGI ORANG LAIN, JANGANLAH HIDUP SEPERTI DURI MENCUCUK DIRI DAN MENYAKITI ORANG LAIN.::

::.MAHKOTA KEMANUSIA IALAH RENDAH DIRI.::

::.HIDUP BIARLAH BERBAKTI, WALAUPUN TIDAK DIPUJI.::

::.KEIKHLASAN ITU UMPAMA SEEKOR SEMUT HITAM DI ATAS BATU YANG HITAM DI MALAM YANG AMAT KELAM. IANYA WUJUD TETAPI AMAT SUKAR DILIHAT.::