JURNAL REFLEKSI
Minggu 2 (07 Februari 2011 – 11 Februari
2011)
Masalah:
Setelah
mendaftar dan melapor diri di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Beseri,
Perlis. Saya telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab oleh Guru Penolong
Kanan 1 iaitu Puan Sharifah Naziran binti Syed Taha dan guru pembimbing iaitu Puan Normah binti
Yusoff untuk mengajar Pendidikan Agama Islam Tahun 3 dan Tahun 4. Hasil
perbincangan dengan mereka, maka saya menerimanya dan bersetuju dengan apa yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Setelah dua minggu
saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya mendapati masalah utama yang
perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas.
Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek penting
dalam menjalani pembelajaran.
Mengikut Rosnini Abu
dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu factor yang
mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik
darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik
darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana
fizikal bilik darjah member sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru
perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan
bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran
dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam
keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul besar
kemungkinan disebabkan oleh:
- a) Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat rendah.
- b) Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap murid.
- c) Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
- d) Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
- e) Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.
Cadangan:
a) Saya akan
meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di sekeliling
mereka selepas bacaan doa.
b) Saya
memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia untuk
sesi pangajaran dan pembelajaran.
c) Menasihatkan
murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.
d) Saya cuba
memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat hubungkait di
antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya boleh dan
bersesuaian.
Tempoh Masa:
14 Februari 2011 – 25 Februari 2011 (2
Minggu)
Tindakan Susulan:
Saya akan merekod perkembangan
kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan datang.
Penilaian Kejayaan:
Penilaian kejayaan ini akan dicatat
selepas setiap seminggu projek ini bermula. Iaitu pada 18 Februari 2011 dan 25
Februari 2011.

No comments:
Post a Comment