Sunday, April 26, 2009

KELEBIHAN AL-QURAN

• Al-Quran sebagai pensyafaat dan penghujah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran dihadapannya maka al-Quran akaan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran dibelakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka’

•Al-Quran sebagai sumber menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w:

‘Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali kepada Allah s.w.t (menghampir diri kepada-Nya) melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripada-Nya yakni al-Quran ‘

•Al-Quran sebagai cahaya kehidupan dan bekalan ke akhirat.
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w. berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”


•Al-Quran sebagai kemegahan bagi umat Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w:

‘Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.’

•Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan.
Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

‘Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.’
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

•Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

‘Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.’

No comments:

Post a Comment