Tuesday, October 26, 2010

PANDANGAN ORANG

Orang di sekeliling kita melihat apa yang kita lakukan. Mereka menilai apa yang kita lakukan. Mereka berhak untuk menilai tetapi tidak berhak untuk menghukum. kadang-kadang penilaian mereka itu membuat hati kita terguris. Sesetengah orang tu hanya pandai bercakap dan menilai hasil kerja orang lain. Tetapi, dia cakap tak serupa bikin. Sebelum kita hendak menilai kerja orang. Seharusnya, kita melihat kerja kita dahulu. Sehebat mana pun kita, kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Terima dengan hati yang terbuka apa yang orang kata. Terima dengan hati yang terbuka semua pandangan orang. Kerana mereka melihat dan menilai apa yang kita lakukan. Mungkin teguran mereka membuat kan kita lebih cemerlang dan baik. Orang yang menegur dan memberi pandangan pun, perlu secara berhemah. Dan tidak mengguris mana-mana pihak....

"Manusia berhak untuk menilai tetapi tidak berhak untuk menghukum"

No comments:

Post a Comment