Tuesday, October 26, 2010

MENILAI TETAPI BUKAN MENGHUKUM

manusia dicipta oleh Allah s.w.t dalam pelbagai jenis rupa, pelbagai, warna dan sebagainya. kita dijadikan sedemikian untuk bersuai kenal, bertaaruf dan sebagainya. kita sepatutnya mengambil peluang itu dengan sebaik mungkin. bukan mensia-siakan peluang tersebut untuk menghentam manusia di sekeliling kita.
manusia memang berhak untuk menilai orang lain. tetapi sejauh mana kebenaran penilaian manusia tersebut. sedangkan kita dicipta daripada tanah. setiap manusia mempunyai kelemahan dan keistimewaan tersendiri. oleh itu, kita sepatutnya menggunakannya sebagai titik tolak untuk saling melengkapi antara satu sama lain. bukan saling kutuk mengutuk dan hina menghina antara kita.
jangan ingat diri kita terlalu sempurna. sebelum menilai orang lain. sebelum menghina orang lain. lebih baik kia lihat diri kita sendiri dulu. kadang-kadang penilaian dari orang lain itu perlu untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. komen untuk menbina bukan untuk menghina.
"manusia berhak untuk menilai tetapi tidak berhak untuk menghukum."

No comments:

Post a Comment