Thursday, July 4, 2013

JURNAL REFLEKSI MINGGU TIGA

JURNAL REFLEKSI
MINGGU 3 (14 FEBRUARI 2011 - 18 FEBRUARI 2011)

Masalah :
            Pada minggu ini, telah masuk minggu yang ketiga saya berada dan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Beseri, Perlis. Saya menghadapi sedikit masalah semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selepas berada tiga minggu di sini. Masalah yang saya hadapi ialah kesukaran bagi diri saya untuk mengingat nama-nama murid. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri saya  dan menyebabkan saya sukar untuk menyebarkan soalan kepada murid-murid dalam usaha untuk melibatkan penglibatan secara aktif murid-murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Analisis :
            Saya berpandangan dan merasakan bahawa masalah ini timbul disebabkan oleh :
1)    Saya tidak mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam masa yang singkat.
2)    Saya masih belum dapat membiasakan diri saya dengan keadaan dan suasan kelas dan juga murid-murid di dalam kelas yang saya ajar.
3)    Saya juga hanya mampu mengingati nama beberapa nama orang murid sahaja berdasarkan tempat duduk mereka seperti nama ketua kelas.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, besar kemungkinan saya sukar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan yang lebih teratur dan sistematik dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

Cadangan :
1)    Saya akan berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid dengan cara kaedah penulisan. Saya akan menyalin nama murid-murid di dalam buku Rekod Persediaan Mengajar pada bahagian belakang dalam usaha untuk mengingati nama-nama murid.
2)    Saya akan cuba membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta sikap murid-murid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid.
3)    Saya akan merangka pelan kedudukan murid di dalam kelas dengan dilabelkan nama murid-murid beradasarkan kedudukan mereka.
4)    Saya akan menampal pelan kedudukan murid di dalam buku Rekod Persediaan Mengajar pada bahagian belakang.

Tempoh Masa :
21 Februari 2011 – 25 Februari 2011 (1 Minggu).

Tindakan Susulan :
Sekiranya tempoh masa selama seminggu yang telah diambil masih tidak mampu untuk saya mengatasi masalah mengingati nama murid-murid, maka saya akan berusaha dan mencuba untuk mencari suatu masa yang berkualiti untuk menghafal nam murid-murid berserta gambaran kedudukan dan wajah mereka.
Saya berharap, saya mampu untuk melakukan yang terbaik bagi menjalankan porses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dalam keadaan yang menarik iaitu pihak guru (saya sendiri) dan juga pihak pelajar (murid-murid tahun 3 Kamil dan 4 Kamil).

Cemerlang praktikum IPG Perlis 2011
Pengajian Agama


JURNAL REFLEKSI MINGGU DUA

JURNAL REFLEKSI
Minggu 2 (07 Februari 2011 – 11 Februari 2011)
Masalah:
            Setelah mendaftar dan melapor diri di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Beseri, Perlis. Saya telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Sharifah Naziran binti Syed Taha  dan guru pembimbing iaitu Puan Normah binti Yusoff untuk mengajar Pendidikan Agama Islam Tahun 3 dan Tahun 4. Hasil perbincangan dengan mereka, maka saya menerimanya dan bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Setelah dua minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya mendapati masalah utama yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran.
Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
  • a)    Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat rendah.
  • b)   Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap murid.
  • c)    Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
  • d)    Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
  • e)    Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

Cadangan:
a)    Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di sekeliling mereka selepas bacaan doa.
b)    Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.
c)    Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.
d)    Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya boleh dan bersesuaian.

Tempoh Masa:
14 Februari 2011 – 25 Februari 2011 (2 Minggu)

Tindakan Susulan:
Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan datang.

Penilaian Kejayaan:

Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas setiap seminggu projek ini bermula. Iaitu pada 18 Februari 2011 dan 25 Februari 2011.

Pelajar Cemerlang Praktikum IPG Perlis 2011Pengajian Agama

JURNAL REFLEKSI MINGGU PERTAMA

JURNAL REFLEKSI
MINGGU PERTAMA (31 Januari 2011 – 04 Februari 2011)

Alhamdulillah, kini saya telah mula mengorak langkah ke permulaan alam pendidikan. Praktikum ini adalah sebahagian daripada alam pendidikan yang sebenar. Saya mula mengenali dan menjiwai dunia pendidikan walaupun hanya 12 minggu sahaja. Saya sudah mula membiasakan dan menjinakkan-jinakkandiri menjadi seperti yang dikehendaki oleh para pensyarah dan guru pembimbing, namun ianya hanya secara menyeluruh. Jika diteliti kembali, masih terdapat banyak lompang-lompang dan kekurangan yang terhasil dari kelemahan dan kekurangan diri saya.
            Bermula pada minggu pertama, segalanya masih lagi kekok dan takut. Saya agak sedikit gementar kerana ditempatkan di sekolah yang baru. Namun berbekalkan segala nasihat pensyarah pembimbing, Ustaz Mohd Najib bin Sulaiman dan guru pembimbing dari sekolah ini, Ustazah Normah binti Yusoff. Selain itu, tidak lupakan, pentadbiir, guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, warga sekolah, pensyarah-pensyarah IPG Kampus Perlis dan rakan-rakan, saya kuatkan azam dan tekad diri untuk terus menjadi yang terbaik.
            Pada minggu ini, sekolah hanya bersekolah dua hari sahaja. Tiga hari selebihnya, kami bercuti untuk cuti sempena Tahun Baru Cina. Pada hari Isnin, iaitu 31 Januari 2011, saya mula mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan padang Melangit, Beseri, Perlis. Selain saya dan rakan dari opsyen Pengajian Agama Islam, terdapat dua lagi rakan saya daripada opsyen Pendidikan Seni Visual yang juga ditempatkan di sekolah yang sama.
            Pada hari Isnin tersebut, selepas perhimpunan rasmi sekolah, saya telah berjumpa dengan Guru Besar sekolah. Beliau telah menceritakan serba sedikit tentang keadaan di sekolah tersebut. Saya sebagai bakal guru, menerima segala nasihat dan tunjuk ajar dari beliau untuk bekalan pada masa akan dating. Semasa sesi bersama Guru Besar, beliau telah menerangkan struktur sekolah, jumlah guru dan jumlah murid di sekolah tersebut.
            Selesai sahaja perjumpaan dengan Guru Besar sekolah tersebut, saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah untuk urusan jadual waktu. Semasa bersama beliau, kami telah diperkenalkan dengan guru pembimbing masing-masing. Guru pembimbing kami bernama Ustazah Normah binti Yusoff. Hasil perbincangan bersama mereka, saya telah diamanahkan untuk mengajar tahun tiga dan tahun empat. Saya menerimanya dengan hati yang terbuka dan gembira.
            Pada 1 Februari 2011, saya telah melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru pembimbing di kelas 4 Kamil. Ketika itu, beliau sedang mengajar bidang jawi. Dapatlah serba sedikit ilmu pengajaran yang boleh saya ambil daripada pemerhatian yang dilakukan.
            Pada hari yang sama juga telah berlangsung Perasmian Program Intan Terpilih di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Padang Melangit. Perasmian telah dilakukan oleh Puan Rokiah binti Karim, Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Pemerhatian saya pada peringkat awal bagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam minggu ini berpusatkan pada cara pengurusan dan pengendalian kelas atau boleh kita simpulkan kepada kawalan kelas itu sendiri. Seorang guru seharusnya memiliki perawakan yang mesra namun ketegasan tidak boleh diabaikan dan semestinya sifat itu mesti ada sepanjang bergelar sebagai seorang guru sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Hal ini terlebih penting semasa pertama kali guru berhadapan dengan murid. Ini adalah untuk memberikan pandangan pertama bagi setiap murid bahawa guru seharusnya dihormati dan dijadikan sebagi ‘role model’. Sehubungan itu, guru seharusnya menjaga penampilan dan identitinya sebagai seorang guru.
            Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan teratur pada minggu pertama saya di sekolah. Saya secara perlahan-lahan mula membiasakan diri dengan suasana perguruan yang sebenar. Saya masih belajar dalam membiasakan diri dalam bidang perguruan ini. Semoga saya akan menjadi guru yang baik pada masa akan datang.


Pelajar Cemerlang Praktikum IPG Perlis 2011
Pengajian Agama


Thursday, December 22, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (BUTIRAN AM)

Berikut adalah senarai yang perlu ada dalam butiran am sesuatu rancangan pengajaran harian. Terutamanya bagi RPH Pendidikan Islam....

  • Tahun
  • Tarikh
  • Hari
  • Masa
  • Bilangan Murid
  • Mata Pelajaran
  • Bidang
  • Tajuk
  • Pengetahuan sedia ada
  • Hasil Pembelajaran
  • Penerapan Nilai
  • Gabung jalin
  • Penyerapan ilmu
  • Kemahiran berfikir
  • Bahan bantu mengajar

Contoh butiran am yang lengkap...

  • Tahun : 4 Kamil
  • Tarikh : 25 April 2011/21 Jamadil awal 1432
  • Hari : Isnin
  • Masa : 10.40 - 11.40 pagi
  • Bilangan Murid : 21 orang
  • Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
  • Bidang : Asas ulum syariah (Ibadah)
  • Tajuk : Bersuci daripada Najis
  • Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui pengertian bersuci
  • Hasil Pembelajaran : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
  1. aras 1 : Menyebut pengertian najis muhaffafah dengan betul
  2. aras 2 : Menyenaraikan 2 alat-alat bersuci
  3. aras 3 : Menyatakan cara menyucikan najis muhaffafah dengan betul
  • Penerapan Nilai : Khusyuk, bersih
  • Gabung jalin : Jawi
  • Penyerapan ilmu : Bahasa arab
  • Kemahiran berfikir : Menyusun secara tertib yang betul cara menyucikan najis muhaffafah
  • Bahan bantu mengajar : Gambar, kad imbasan, LCD, komputer riba, DLL

* ini adalah sekadar contoh sahaja untuk bidang Ibadah....dikesempatan yang lain akan saya berikan contoh untuk bidang yang lain...Insyaallah....

Monday, November 7, 2011

Exam

Minggu exam akn muncul x lama lagi...diharapkan exam kali ini akan membuahkan hasil yanglebih baik dari sebelum ini...

GUD LUCK KAWAN-KAWAN SEPERJUANGAN!!!!!!!