Monday, November 7, 2011

Exam

Minggu exam akn muncul x lama lagi...diharapkan exam kali ini akan membuahkan hasil yanglebih baik dari sebelum ini...

GUD LUCK KAWAN-KAWAN SEPERJUANGAN!!!!!!!

CONTOH PENULISAN JURNAL REFLEKSI PRAKTIKUM

JURNAL REFLEKSI

MINGGU 6 ( 07 Mac 2011 – 11 Mac 2011)

MASALAH

Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini adalah kerana saya mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran.

Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya.

Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf (craftman).


” Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu ’ bekerja ’, mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar.


Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya telah menggunakan pendekatan bermaian walaupun ia tidak terdapat di dalam perancangan harian saya pada hari ini. Ternyata, cara ini berkesan. Mereka tertarik dengan pengajaran saya.

Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard, Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).

ANALISIS MASALAH

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu :

  • Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ?
  • Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya ?
  • Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ?
  • Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ?
  • Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan murid-murid ini di dalam pengajaran saya ?
  • Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ?

Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan :

  • Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama. Tumpuan mereka menjadi kurang.
  • Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil
  • Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza.
  • Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama.
  • Murid-murid tidak berminat dengan subjek Penidikan Islam.

Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid.

CADANGAN

Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar :

- Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid

- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai

- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati

- Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid

- Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya.

- Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.

Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :

- Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perli diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai

- Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

- Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar

- Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

TEMPOH PENYELESAIAN

21 Mac 2011 – 01 April 2011 (2 Minggu)

TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya ini adalah murid-murid yang istimewa dan sangat memerlukan bimbingan yang khusus.

Seorang guru yang asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid untuk membantu mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa lebih gembira dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak.

Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Antaranya ialah, guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran yang diajar. Ini secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru, namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru.

Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar.

KESIMPULAN

Di dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logikal – matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan. Sehubungan ini, kecerdasan murid dalam bidang muzik, kinestetik, interpersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya.

Oleh:

Mohd Fikri bin Marzuki

Guru Pelatih IPG Kampus Perlis

CONTOH PENULISAN JURNAL REFLEKSI PRAKTIKUM

JURNAL REFLEKSI

Minggu 2 (07 Februari 2011 – 11 Februari 2011)

Masalah:

Setelah mendaftar dan melapor diri di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Beseri, Perlis. Saya telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Sharifah Naziran binti Syed Taha dan guru pembimbing iaitu Puan Normah binti Yusoff untuk mengajar Pendidikan Agama Islam Tahun 3 dan Tahun 4. Hasil perbincangan dengan mereka, maka saya menerimanya dan bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Setelah dua minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya mendapati masalah utama yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran.

Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Analisis:

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

  • Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat rendah.
  • Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap murid.
  • Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
  • Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
  • Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

Cadangan:

  • Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di sekeliling mereka selepas bacaan doa.
  • Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.
  • Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.
  • Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya boleh dan bersesuaian.

Tempoh Masa:

14 Februari 2011 – 25 Februari 2011 (2 Minggu)

Tindakan Susulan:

Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan datang.

Penilaian Kejayaan:

Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas setiap seminggu projek ini bermula. Iaitu pada 18 Februari 2011 dan 25 Februari 2011.


Oleh:

Mohd Fikri bin Marzuki

Guru Pelatih IPG Kampus Perlis